Saturday, November 20, 2010

seminggu..

hmmm...
apa yang patut aku coretkan..
tinggal seminggu lagi je sebelum sem 1 berakhir..
dan seminggu itu lah jugak minggu terakhir exam sem 1 aku..
yeah..perasaan bercampur baur..
suka gembira diiringi sedih duka..
lebih kurang 4 bulan aku ada kat sini..
nampak macam lama je masa tu..
tapi sebenarnya sekejap je..
hmmm...
time cuti ni la jugak adalah masa yang terbaek untuk aku lupakan
segala krisis yang berlaku sepanjang sem 1 ni..
huu~
harap2 nanti bila dah masuk sem 2 tak de dah bende2 macam ni berlaku lagi..
sebabnya aku dah penat!
penat sangat2 weyh!!
kadang2 terpikir kenapa lah bende2 macam ni selalu jadi kat aku..
sigh~
tak pe la, aku just anggap tu semua dugaan hidup yang terpaksa aku hadapi..
kann? hmm~

till then,
dada~

Thursday, November 11, 2010

kawan..

kawan.. kawan.. kawan..
setiap orang ada kawan.
aku pun ada kawan.
ramai lah juga setakat ini..
hmm, ada yang hensem, lawa, comel..
bermacam warna kulit..
tinggi rendah,kurus montel..
tak kisah bagaimana pun rupa mereka,

aku tetap kawan dengan semua..
tapi tak semua kawan itu adalah kawan..
kadang-kadang kawan itu boleh jadi lawan.

ya, lawan..
menjadi lawan apabila percakapan melebih fikiran..
menjadi lawan apabila perbutaan melebih batasan..
boleh dikatakan setiap hari aku dengan kawan.
semalam, aku gembira dengan kawan.
hari ini, aku suka bersama kawan.
kami gelak ketawa tak ingat alam.

suka gembira siang malam..
pagi petang aku dengan kawan
sampai makan pun kadang-kadang dengan kawan.
sehari tak jumpe kawan rasa bosan.
tak keruan..
tertekan.
sampai nak tidur bangun pagi pun,
kawan aku utamakan dulu.
selamat pagi malam petang
dan bermacam salam
aku kirimkan..
aku sentiasa ingatkan kawan.
tapi kawan aku ingatkan aku tak? 

hmm, satu persoalan yang agak sukar juga untuk aku jawab..
kerana jawapannya tidak sahih untuk aku buktikan..
kawan-kawan selalu pesan,

"weyh, nanti ko dah berjaya janganlah lupekan kawan-kawan ko neh keyh''..
tapi sayang seribu kali sayang..

kawan-kawan yang kebanyakannya lupakan aku.
tak perlu lah aku nak mention, mengaibkan nama mereka disini..
cukuplah sekadar hanya aku yang mengetahui siapa mereka..




dada~